you will grow...don't you? 😇💗

Bismillahirrahmanirrahim,

"Sungguh pengalaman itu adalah sebaik-baik saksi..."



Assalamualaikum semua, lama rasanya tak update blog. Sedar tak sedar harini dah pun hari ke-25 Ramadhan. Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Yang belum khatam Quran, masih sempat lagi nak khatamkan ni and sempat lagi kita nak tambah amal ibadah kita, kasi all out, In Shaa Allah.

Ayat dekat atas tu,, It's very truee kan..memang pengalaman adalah sebaik-baik saksi untuk kita. tak kira lah apa pun pengalaman yang kita ada tu. Segala pengalaman tu sebenarnya akan mematangkan kita,, tak hari ni, esok. Tak esok, lusa. Tak lusa, bila-bila saja sampai waktunya tiba. Sebab dari sesuatu perkara yang terjadi tu, kita akan belajar menjadi dewasa. Kalau pengalaman tu pahit, tak dinafikan, sakit tu mesti ada. Tapi kalau kita yakin dengan takdir, esok-esok dia akan jadi parut je. Kalau dah penat menghabiskan air mata, jangan lah ulangi lagi pengalaman tu. Jauhkan diri. Dan kalau pengalaman tu manis pulak, selain dari jadi memori yang indah dalam hidup kita, dia akan mengajar kita untuk terus menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Take a second to appreciate it. Jangan sampai kita kehilangan benda itu hanya kerana keegoan diri kita sendiri. Genggam kemas-kemas dan jaga elok-elok. 

Maka, belajarlah.
Belajar dari segala apa yang telah berlaku dari hidup kita. Sebab setiap apa yang Allah dah jadikan dalam hidup ni, tak satu pun yang sia-sia. Semuanya ada sebab, sama ada kita nampak atau tidak. Baik atau tidak. Semuanya bergantung pada kita, macam mana kita nak lihat sesuatu benda itu. Yang pasti, in every experience, you will grow...don't you? 😇💗

frhnz,
10:45a.m.
Kuala Lumpur.   



Comments

  1. So nice, can't stop reading it and repeat! Thanks!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masha Allah, your welcome dear. Thanks too for reading. Semoga bermanfaat 😊

      Delete

Post a Comment