حكمة‎ 🌷🦋

What seems to us as a bitter trials are often blessings in disguise
-Oscar Wilde-

Ever heard this quote? Cantik ayat ni; sometimes apa yang kita nampak sebagai 'misfortune', itulah  sebenarnya kebaikan yang kita tak nampak. 

Contohnya, Covid-19 ni, this RMO-thing, PKP, lockdown and all these things. What we see is, no more jalan-jalan! Assignments delayed! Takde hari raya! Tarawih di rumah! 24/7 wear mask! (dan yang lain-lain lagi). Tapi yang what we actually don't see.. ada banyak lagi kan.

Biasalah tu, kita ni manusia biasa je, memang akan cepat melatah bila ada something yang kita tak suka berlaku, is it? Jadi, sebab tulah pentingnya kita untuk always see the good side of something. Maksudnya, walau macam mana tak sukanya kita pada sesuatu kejadian tu, cuba jugak paksa diri kita untuk cari hikmahnya. Sebab bukanlah Allah jadikan sesuatu itu sia-sia, tapi mesti ada sesuatu yang nak diajarkan pada kita. 

So hari ni, farah just want to share with you guys my little sad story hehe.. actually before kita semua kena restriction movement order ni, farah dah plan nak pergi jalan-jalan Scotland dengan kawan dalam akhir bulan Mei or awal bulan Jun macam tu, sebab kalau ikutkan waktu tu baru habis final exam and tengah cuti panjang hihi. And then, farah jugak merupakan head exco Entrepeneurship ,support system and welfare (ESSWEL) untuk Kelab Sahabat Halal dekat UIA (jangan tanya kenapa nama kelab tu macam tu haha, and kalau ada yang tanya- "ada kelab halal, maknanya ada kelab haram ke?" haha,, takde laaa!! Itu sekadar nama kelab je, kalau nak terangkan visi, misi, objektif kelab, rasanya kena buat posting lain haha😅😅), so farah dah plan dalam almanac untuk join satu program ni under exco farah, macam Halal Expo gituu, dekat Kazakhstan. Kazakhstan tu!!!! Best kaannnnnnn.. proposal dah buat, tentatif program dah rangka, tinggal nak meeting dengan advisor and dean untuk dapat approval and pergi ISTAC untuk dapatkan sponsorship. Even it's still a looong way to go tapi proposal dah buat kot, sobs sobss kecewanyaa...💔💔💔

Hurmmm and then apa lagi yea,, haaa kalau ikutkan ini merupakan final sem farah di UIA, jadi farah memang dah plan nak sambung master di oversea. Masih berkira-kira lagi sebenarnya nak sambung belajar atau kerja terus tapi dah cuba risik-risik universities dekat UK and German. And kalau ikut enrollment, sepatutnya bulan september tahun ni dah ada intake. Tapi disebabkan virus kecil Covid-19 yang kita tak nampak ni, terpaksalah batalkan kejap hasrat tu,, sebabnya, walaupun Malaysia tunjukkan tanda-tanda pengurangan kes, tapi negara lain tak tau macam mana kan keadannya. Sedih lagi,, (haha). Lepastu, haritu ada jugak bincang dengan family nak buat umrah tahun ni alang-alang dah habis sem, sebab sebelum ni, cuti asyik tak sama je, bila orang tu cuti orang ni tak cuti, orang ni cuti orang tu tak cuti pulakk hahah.. haa so sebelum masuk kerja ke sambung belajar ke, nak amek kesempatan ni buat umrah dulu laa. Tak book apa pun lagi, rancang jee, but still, bila dah jadi ni, maksudnya tak dapat lah dah nak penuhkan hasrat tu. (In Shaa Allah rezeki lain kali, aminnn) 

Haaa lagi satu, yang paling penting sekali..sem lepas, Farah and kawan ada apply exchange program untuk sem ni. Mula-mula kitorang pilih nak exchange dekat Korea, tapi waktu isi tu, covid ni dah mula ada, and kat Korea pun tak silap dah ada sikit. So, macam takut nak pergi situ since Korea dekat je ngan China kan haha, jadi kitorang tukar nak pergi Brunei. Dah isi siap semua, jawab test, buat essay, tinggal tunggu jawapan and nak terbang je ✈️. Pastu bila wabak ni makin merebak, maknanya tak jadi lah nak pergi kan? Sebab nak keluar rumah pun tak boleh, apatah lagi nak keluar negara 😔😭. Tunggu punya tunggu jawapan, dia pun senyap jee haha, mungkin salah satu sebabnya ialah, kalau ikutkan program ni under KBS (kementerian belia dan sukan), so bila tampuk pemerintahan negara kita dah bertukar haritu, menteri sukan semua pun dah tukar kan,, so maybe program ni dah batal terus, entahlaaah. Tapi dia tak inform kita apa-apa pun, akhirnya terbiar sepi je~  

So,, itulah cerita pendek farah yang menyedihkan tu. Kalau nak ikutkan memang sedih dan kecewa lah sebab banyak yang kita rancang tak jadi kan? Tapi itulah yang akan terjadi kalau kita cuba tengok dari satu sisi je. Hakikatnya sekarang, bila kita semua dah kena perintah berkurung ni, kita mula sedar yang ada banyaaaaak sangat kebaikan yang menunjukkan Allah tu sayangkan kita, sebab tu dia bagi kita macam ni. Apa contoh kebaikan tu? Rasanya tak yah cerita dah, sebab dah ramai sangat yang tulis tentang hikmah Covid-19 ni, contohnya dapat solat berjemaah sama-sama dengan family, rehat secukupnya, lupakan sekejap bebanan kerja, spend more time dengan family, belajar masak laa, itu ini, and banyak lagi. Tapi apa yang farah nak tekankan kat sini is, itulah pentingnya kita untuk bukak mata kita luas-luas, dan cari kebaikan dari apa yang terjadi. Biarpun kebaikan tu lagi sikit dari keburukan, tapi kenapa mesti difokuskan pada yang buruk tu kan? Korang semua faham kan..

Sebab hidup kita ni, akan jadi sempit kalau pandangan kita ni seolah-olah dihalang oleh satu tembok besar yang jaraknya cuma beberapa inci saja dari diri kita. Apa yang kita tengok cuma setakat sampai tembok tu je, sedangkan belakang tembok tu masih ada jalan yang terlalu panjang, pemandangan yang terlalu luas. Jadi kita sendiri lah yang pilih, nak tengok dari sudut pandang yang negatif dan akhirnya kita sendiri yang kecewa dan terus kecewa, bersedih siang malam.. atau nak ambil the good side of it dan teruskan kehidupan dengan masih rasa gembira. 

Mungkin orang-orang yang susah menerima hakikat dan always live in negativity ni, dia lupa yang kita merancang, tapi yang sebaik-baik perancang dan penentu segalanya tu Allah. Mungkin lah kan, kita tak tahu apa yang ada dalam hati orang. Sebab tu bila yang dia rancang tu A, tapi yang jadi B, dia mula salahkan itu ini, merungut sendiri. Padahal dia tak tahu, Allah sedang menyiapkan sesuatu yang lebih baik untuk dia. Jadi, kita tak nak jadi orang-orang macam ni! Kita nak jadi orang yang yakin dengan Qada' dan Qadr Allah dan jugak perancangan Dia. Tak salah nak sedih kejap bila apa yang kita rancang tu tak menjadi, tapi kejap jelah. Yang lain kita serahkan pada Allah dan cuba cari hikmah yang tersembunyi. 

Pernah dengar ayat ni?

 "كل تأخيرة فيها خيرة" 
Behind every delay, there's kheir (goodness)

Farah suka sangat arabic saying ni sebab bila baca ni and semat dalam hati dalam-dalam, rasa risau tak tentu arah tu akan perlahan-lahan hilang. Sebab kita akan jadi yakin, apa yang Allah takdirkan tu, baik-baik belaka. Jadi kita serahkan pada Allah, dia nak bagi kita sekarang ke, esok ke lusa ke, tulat, tubing, tungging semua laah haha. Trust that He will open the RIGHT door for us at the very RIGHT time. Okay? 🌴


Okay, rasanya that is all for this entry
😇 ingat!! semat elok-elok dalam hati... what seems to us as bitter trials are often blessings in disguise 💞






frhnz,
6 Ramadhan 1441 H
13:09 p.m.
💚

Comments