Perth I ❄️

Assalamualaikum semua.. 

Hujan pulak petang ni,, seronoknyaa. Kalau tak setiap hari panas jee. Hari ni, rasa macam nak share pengalaman frh bercuti dekat Perth, Australia. Kalau ada yang plan nak becuti ke sana ke, boleh laa amek inspirasi sikit,gituu 😁🦘 . 


Frh pergi Aussie tu last year, 1 September dengan family. Pergi sana tu waktu betul-betul baru habis internship (intern dekat mana? Rahsiaa laa heheh 😆). Sebenarnya tak pernah ada dalam bucketlist pun nak pergi Aussie (no specific reason pun, just umi lebih suka kalau bercuti dekat negara-negara macam timur tengah ke centu, and plus umi dah pernah pergi Australia dulu, tapi bukan Perth laa, Sydney kalau tak silap), tapi sebab kitorang dah last minute nak book untuk bercuti and kebanyakan travel agent pun dah full seat. Yang ada memang Perth je laa, so disebabkan kita degil nak jugak cuti, semua pun terpaksa bersetuju laa untuk pergi Perth heheheh. Jadinya , last day frh intern hari jumaat, esoknya hari sabtu malam tu terus fly (sambil-sambil tu masih bersedih lagi dah habis intern sebab dah jatuh hati dekat tempat intern tuu,, walaupun 3 bulan je keje situ tapi seronok hehe). 

Disclaimer: Aktiviti mungkin dah jumble up, tak ikut susunan hari sbb frh ingat-ingat lupa since pergi tu tahun lepas tapi baru sekarang nak tulis. Kitorang pergi ni under travel agent (travel agent apa, biarlah rahsiaa) memandangkan kitorang lebih prefer bayar sekali jer and diorang yang urus semua, sampai sana tinggal keluar duit untuk shopping je , tak payah dah pening-pening urus itu ini. Pergi Australia ni pun kena ada visa, so senang kalau agent je yang uruskan. Jadi kitorang pergi sana dengan beberapa family yang lain. 

Alhamdulillah, selamat mendarat di bumi kangaroo! 🐨🐨 Best wooo cuaca dia, tak la sejuk yang melampau sangat tapi berangin kuat and kalau tak pakai baju sejuk menggigil jugak laa hehe. Sampai tu, kitorang gi breakfast dulu dekat satu restoran ni, kedai orang Malaysia jugak, Insan Cafe nama dia. Tapi famous kedai ni kat sana, kalau orang Malaysia yang gi Perth, memang akan makan dekat sini laa. Nasi dia pun sedap tau! Kena laa ngan tekak kita orang melayu ni. Lepas perut dah kenyang, kitorang pergi E-Shed market untuk shopping. Rambang mata jugak la dalam tu sebab banyak dia jual patung kangaroo laa, koala, t-shirt cantik-cantik and pelbagai lagi jenis souvenir. Lepas tu, sepatutnya kitorang singgah Fremantle Rainbow Container untuk amek gambar bawah tu, tapi hujan pulak,, sedihh,, kalau renyai-renyai takpe lagi, ni takk,,quite lebat jugak,,so tengok dri dalam van ajer lah, Benda tu actually hanya lah container yang dia susun jadi bentuk pelangi and warna-warni (and ada orang kata itu lambang menyokong LBGT, tapi tak tahu lah betul ke tak) tapi macam tak lengkap laa kalau gi Perth tak amek gambar kat situ. Jadi kitorang teruskan perjalanan ke Fremantle War Monument Memorial. Dekat sini dia macam padang yang terlalu luasssss seluas-luas luas luasnyaaaa and angin terlalu kuatttt yang amat, dah la pakai skirt kan, habis laa semua terbang macam marilyn monroe tu haha, tudung pun terbang-terbang, end up gambar semua tak jadi! Haahha. So kat sini macam tempat mengingati para pejuang diorang laa, nama pun memorial kan. Then, kitorang pergi lunch dekat Kailis, restoran fish n chip yang paling famous sekali dekat seantero Perth ni. Orang kata tu kalau melancong kat Perth tapi tak makan kat sini memang rugi besar laa,, orang pun ramai sangat beratur and makan dalam tu. Kitorang pun terpaksa tunggu lama jugak memandangkan kita tersampai awal kat situ sebab ada beberapa tempat yang kitorang tak jadi melawat sebab hujan. Akhirnya setelah lama menunggu, dapat jugak makan. Sedap ke tak? Hurmm bagi frh personally sedap jee tapi tak la kata sampai termimpi-mimpi hahaha,,, sebab frh memang tak leh go sangat ngan ikan-ikan ni, kalau chicken chop okay lagi la, tapi yang famous nya fish n chip dia so kitorang order yang tu laa. Tapi sedap jee, kalau tak, tak la ramai sampai macam tu sekali kan. Lepas perut dah kenyang, kitorang nak pergi van balik,,, and suprisinglyyyy......... haaa agak-agak apa? Van kitorang kena pecah!!!☹️😭 Sadis betull,, cuti-cuti tapi jadi ceni lak haha..Tapi alhamdulillah bersyukur sangat sbb frh mmg angkut sekali dslr and kitorang tak tinggal apa pun benda penting dalam tu kecuali barang-barang shopping tadi and telekung. Tapi the saddest part is dalam van lagi satu, family lain ada yang tinggal beberapa benda penting dalam van diorang, habis hilang semua, camera, wallet, bank card and beberapa benda penting lagi. Sebab takde sape expect benda ni nak jadi kan, and kadang-kadang kita pun terlepas pandang je benda-benda ni, tu yang mungkin diorang tinggal je dalam van, tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Tapi nasib baik semua orang masih cool lagi (walaupun dalam hati tak tahulah cane diorang rasa kan...), so takde la spoil sangat mood nak bercuti tu. Lepas tour guide kitorang dah buat report apa semua, kita check in hotel and rest. Sambungan cerita dalam entry seterusnya. Stay tune! ⛵



Ini lah fish n chip dekat Kailis tu 🐬




Sedap makan sini 😋


Fremantle Rainbow Container yang sepatutnya kitorang pergi (gambar ihsan google)















Comments