Ramadhan Mubarak! 🌙



Assalamualaikum,, Ramadhan Mubarak semua! Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita untuk merasai Ramadhan kali ni, walaupun lain rasanya :') . Sungguh rugi lah kita kalau hanya menjadi hamba kepada bulan dan mencari malam tetapi bukan mencari pencipta malam. Yang kita kejar itu lailatul qadr atau yang mencipta lailatul qadr?

Walaupun Ramadhan kali ni, kita tak dapat pergi bazaar, iftar and tarawih dekat masjid, tapi kita masih lagi boleh menghidupkan suasana Ramadhan dekat rumah. Banyak aktiviti lain yang kita boleh buat dengan family. Jadi, Ramadhan kali ni masih tetap istimewa. Rebutlah peluang ini untuk memperbaiki diri kita, sebab belum tentu kita dapat bertemu lagi dalam Ramadhan tahun depan.


Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
            



frhnz,
8:16 am
1 Ramadhan 1441H


Comments