Perth II ❄️


Sambungan dari last entry...

Hari kedua, kitorang breakfast dekat Kings Park. Best sangat sebab angin pun sepoi-sepoi bahasa.  Dekat Kings Park ni laa tempat shooting drama Adam dan Hawa yang tayang dekat tv dulu-dulu, yang Aaron Aziz and Nadia Nisa berlakon tuu. Kings Park ni tersangatlah luas, seluas mata memandang gituu. Memang kalau nak pusing semua, satu hari pun tak habis. Next destination kitorang adalah Caversham Wildlife Park. Kat sini, setiap satu group tourist akan di assist oleh seorang pekerja dia, and untuk kitorang, yang assist tu nama dia Alley. Dia bawak pusing-pusing dalam tu, bagi makan kangaroo, tengok pelbagai jenis haiwan, koala, wombat, ular pun ada, and farm show jugak. Kat kl dah berangan nak dukung koala pastu amek gambar sorang-sorang dengan dia tapi hakikatnya bukan begituuu,🤥 koala tu dah la cuma satu, pastu ada orang dia pulak yang dukung, kita cuma leh amek gambar sebelah dia je. Sebab diorang kata koala ni ada mood-mood dia, kalau dia nak tido takleh ada orang kacau dia, and dia mudah dijangkiti jugak, sebab tu before kita semua sentuh dia, kena pakai macam sejenis sanitizer jugak dulu. Takpelah, nak buat cane, tapi koala tu lembut sangat and adorableeee sangat, rasa macam nak bawak balik malaysia! hehehe 🐨🐨 Then, habis pusing Caversham, kitorang singgah Margaret Chocolate Factory and Mondo Nouget. Banyak sangatt chocolate dalam tu, rasa macam nak beli semuaaa,, tapi harga boleh tahan jugak.. so kitorang beli mana yang betul-betul sedap jee. Kat situ ada certain chocolate yang dia bagi tester so, kita boleh rasa dulu before beli. Lepastu kita lunch dekat Charcoal Chicken. Sedapppp uiiii makan sini, seriously. Rasanya bukan kedai orang Aussie pun, nampak pekerja dia macam orang turkey ke arab-arab gituu, entahlah tapi sedap laa sampai menjilat jari😋🍗. Lepas dah kenyang, kita solat dekat masjid Bosnia, sangat bersih dan cantik masjid tu. And then, kitorang pergi fruit picking. Kita petik orange banyak-banyak kat situ untuk bawak balik Malaysia. Tapi masa terhad, tak sempat nak feeling-feeling and posing lama-lama kat situ,sobss. Hari pun dah nak gelap, aktiviti terakhir kitorang adalah pergi Mirrabooka Square. Ni adalah tempat shopping, macam-macam kedai ada kat situ. 
Kitorang gi shopping perfume-perfume branded yang murah macam Katy Perry, Britney Spears and macam-macam lagi dekat chemist store, and ada kedai-kedai baju, kasut jugak. Chemist store tu, bila masuk macam taknak keluar je rasa sebab macam-macam benda ada, bak kata harry, "ni selagi tak azan kat telinga, lagi tu tak keluar" hahahha 😂 frh smpat jugak amek satu lipstick ni tapi sedih betul, waktu bercuti kat vietnam awal tahun ni, hilang pulak lipstick tuuu taktau tercicir kat mana..careless betul laaa🙂🤷‍♀️.. okay hari seterusnya sambung dalam next entry ⛸️


Tak tau apa nama haiwan ni, yang pasti dia comel sangat! 🐹

Lembut tau bulu koala ni heheh 🐨

Kangaroo sedang bermalas-malasan 🦘


Cantikk bunga-bunga dekat Kings Park 🌸

Sebut jee chocolate apa yang nak, semua ada 🍫





Comments