Lost in the darkness...

"Apakah yang lebih merisaukan kamu dari kehilangan redha Allah?"

🌸🌸🌸

As a human being, sometimes I find myself oblivious and lost in the darkness, going astray from Allah. Mungkin disebabkan ujian yang Allah hadirkan dalam hidup. 

Di saat kamu merasakan kamu sedang diuji dengan sesuatu ujian yang berat, ketahuilah bahawa di situlah Allah sedang melihat sejauh mana keikhlasan kamu dalam menerima ujian itu untuk kamu kembali kepada Allah. Ujian yang Allah bagi tidak lain adalah sebagai jentikan hati untuk kamu kerana Dia sudah rindu untuk mendengar rintihan kamu. Segala jenis ujian itu-- pangkat, harta,ilmu,kecantikan,lelaki mahupun wanita.. adalah untuk menguji keimanan kamu. 

"Setiap anak Adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang yang bertaubat" (Hadis riwayat Ibnu Majah)


فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Tetapi barangsiapa bertaubat setelah melakukan kedzaliman dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. {Al-Maidah: 39}


I pray that Allah will always enlighten me, when I'm in the darkest state. Don't let me go astray Ya Allah, cause I really need you.


Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa bertaubat dan memohon ampun. Sungguh, kami hanya lemah tanpa-Mu. Jangan biarkan kami hanyut walau sesaat tanpa hidayah dan petunjuk-Mu.


 
🌸🌸🌸

frhnz,
Saiyyidul ayyam 
1007 a.m.





Comments