Esok 🪁

Assalamualaikum, saranghae!💜 Semua orang tengah buat apa tu? Sebenarnya tengah mengantuk sangat ni, tapi gagahkan jugak untuk tulis sambil-sambil layan lagu Alif Satar hihihi. Sedar tak sedar lagi 4 hari je tinggal nak masuk ramadhan. And dah sebulan lebih jugak kita semua berkurung dalam rumah sebab PKP ni. Tapi takpe mesti semua suka kan cuti lama-lama heheh. Tak tau jugak sebenarnya nak tulis pasal apa, so kita borak-borak kosong je, okay?😁😁

Selalunya sepanjang PKP ni, pagi-pagi lagi lepas solat subuh, mengaji apa semua, frh akan keluar pergi halaman rumah untuk amek udara segar sambil tengok-tengok langit yang cantik sangat and tengok pokok-pokok yang umi tanam jugak huhu. Bila kita tengok langit, mesti kita akan rasa tenang je and lupa kejap semua masalah yang kita hadapi, betul tak? Sebab apa? Sebab kita nampak yang langit tu sangat luas, luas seluas-seluasnya and itu akan automatically mengingatkan kita pada yang mencipta langit tu. Sebabnya rahmat Allah tu tersangatlah luas, cuma kadang-kadang kita je yang lupa untuk mendongak ke langit melihat kebesaran Allah sambil hati tunduk ke bumi, menyedari yang kita ni cuma hamba. Kita selalu sibuk kejar hal-hal dunia sampai lupa kewajipan yang sepatutnya kita tunaikan. Bila kita kecewa, kita menangis seolah-olah dunia ni dah berakhir. Bila kita sayangkan seseorang, kita sibuk fikir tentang dia, sedangkan boleh jadi esok dia lah orang yang paling kita benci. Kita sibuk memikirkan apa akan berlaku esok, apa yang orang fikirkan tentang kita, tapi kita lupa yang hari ni belum berakhir lagi. Belum tentu esok kita hidup lagi. Belum tentu biji benih yang kita tanam hari ini, akan berbuah esok. Belum tentu orang yang kita sayang hari ini akan setia dengan kita esok. Belum tentu. Sebab tu pengharapan yang setinggi- tinggi dan yang paling tinggi itu seharusnya disandarkan hanya pada Allah. Jadi kalau kita disayangi kita redha, kalau kita kecewa, kita masih redha dan kalau kita kehilangan sekalipun kita tetap akan redha. 


Dr. 'Aidh Al-Qarni pun ada sebut yang hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya. Siapa tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu? Ayat ni frh amek dri buku La Tahzan (buku yang sangat-sangat menyentuh hati).


Jadi sebenarnya salah ke kita memikirkan hari esok? Tak! Sama sekali tak salah, tapi itu akan membuka ruang untuk kita bersangkan buruk dan tak yakin dengan apa yang bakal Allah takdirkan. Yang pasti, Allah ada sebut dalam Surah at-Taubah ayat 51,
"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami". Jadi janganlah kita mintak hari esok untuk datang hari ni, tapi doalah supaya esok akan baik-baik saja :)

Okay panjang dah membebel hehe. Nak tido ke tak yeaa, dah tak ngantok pulak hahah.. Kat bawah ni frh share skali gambar- gambar yang frh amek waktu pagi. Jumpa lagi dalam next entry 💋

@_n.frhinz
langit yang indah~ ⛅

@_n.frhinz
cantik kan bunga oren 🥰🌼

@_n.frhinz
kira berapa banyak burung ada dalam tu hehe 🙃

🌷🌷🌷


frhnz,
3:41 pm



Comments